Tuesday, April 21, 2009

SENYUMLAH..

Senyum..macam senyum ada dalam dunia...ada yang panggil senyum sumbing, sinis, kambing, ayam, gatal dan sebagainya...Walau apa pun cara anda senyum..Senyum lah..kerna senyum itu adalah penawar kepada kedukaan..

Dalam pelbagai keadaan senyum bisa membuatkan kita rasa bahagia...Ingat lah dengan senyuman pasti akan menceriakan sesiapa sahaja disekeliling kita..Kerna kuasa senyum itu bisa membuatkan orang jatuh cinta.. Tidak percaya tanya la pada orang disekeliling anda..Suka atau tidak mereka melihat anda senyum..

Malah, dalam apa jua agama kita digalakkan untuk senyum..Kerna ia merupakan sedekah dan ubat paling mujarab tika di landa masalah..Dan menurut kata pakar-pakar psiokologi..Senyum adalah merupakan terapi yang baik untuk minda serta menghilangkan dan memberikan kuasa untuk kita menjana tenaga sepanjang hari..Bukan itu sahaja, senyuman juga adalah ubat awet muda dan memberikan seri pada wajah anda..Tidak percaya lihat mereka yang cantik, kacak dan awet muda mesti sentiasa tersenyum..

JADI APA LAGI..MULAI SAAT INI TANAMKAN DALAM DIRI KITA UNTUK SENTIASA SENYUM WALAUPUN DALAM KEADAAN MARAH, BENCI, SEDIH, DUKA DAN SEBAGAINYA..DAN MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN...

Tapi awas jangan pula tersalah senyum..buruk padahnya..silap-silap lebam biji mata..siapa mahu jawab? Apapun, senyum biar la bertempat dan kena pada keadaan..Semoga hari anda lebih hangat dari biasa..

No comments: