Mungkin ada yang melakukannya mungkin juga tidak.. Tapi percayalah setiap dugaan, ujian dan cabaran yang datang itu pasti ada hikmahnya yang kita tidak nampak dan sedar.. Jadi jangan kita mudah mengeluh..Tetapi sebaliknya redha dengan cabaran tersebut kerana ia sebenarnya akan mematangkan kita dan memberikan pengalaman baru buat kita dalam menjalani liku-liku kehidupan hari-hari mendatang..
Dan ingat TUHAN tidak akan mendatangkan sesuatu ujian kepada hambaNYA jika hambaNYA itu tidak berdaya mengharunginya dan ingat juga mungkin kita pernah melakukan kesalahan jadi ini adalah dugaan atas kesalahan yang kita pernah lakukan..
Untuk itu, kita seharusnya menjadi seorang yang berfikiran positif dan cuba mengharungi ujian tersebut dengan penuh kekuatan, ketabahan dan kecekalan yang tinggi. Dalam pada masa yang sama cari lah jalan penyelesaian yang terbaik dan pilih jalan yang tidak membawa ke lebah kebinasaan.

1 comment:
Ya, setuju tu! Think positive! (Idea tgh mencurah-curah nampaknya malam-malam ni! hu hu...)
Post a Comment