Tuesday, April 21, 2009

SENYUMLAH..

Senyum..macam senyum ada dalam dunia...ada yang panggil senyum sumbing, sinis, kambing, ayam, gatal dan sebagainya...Walau apa pun cara anda senyum..Senyum lah..kerna senyum itu adalah penawar kepada kedukaan..

Dalam pelbagai keadaan senyum bisa membuatkan kita rasa bahagia...Ingat lah dengan senyuman pasti akan menceriakan sesiapa sahaja disekeliling kita..Kerna kuasa senyum itu bisa membuatkan orang jatuh cinta.. Tidak percaya tanya la pada orang disekeliling anda..Suka atau tidak mereka melihat anda senyum..

Malah, dalam apa jua agama kita digalakkan untuk senyum..Kerna ia merupakan sedekah dan ubat paling mujarab tika di landa masalah..Dan menurut kata pakar-pakar psiokologi..Senyum adalah merupakan terapi yang baik untuk minda serta menghilangkan dan memberikan kuasa untuk kita menjana tenaga sepanjang hari..Bukan itu sahaja, senyuman juga adalah ubat awet muda dan memberikan seri pada wajah anda..Tidak percaya lihat mereka yang cantik, kacak dan awet muda mesti sentiasa tersenyum..

JADI APA LAGI..MULAI SAAT INI TANAMKAN DALAM DIRI KITA UNTUK SENTIASA SENYUM WALAUPUN DALAM KEADAAN MARAH, BENCI, SEDIH, DUKA DAN SEBAGAINYA..DAN MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN...

Tapi awas jangan pula tersalah senyum..buruk padahnya..silap-silap lebam biji mata..siapa mahu jawab? Apapun, senyum biar la bertempat dan kena pada keadaan..Semoga hari anda lebih hangat dari biasa..

Friday, April 17, 2009

LOVE IS BLIND???

Betul ke cinta itu buta?Atau kita yang telah dibutakan oleh cinta?Bunyi macam rumitkan..Tapi bagi mereka yang sedang dilamun cinta ini lah realitinya..Kadangkala kita tidak sangka kita mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan/jangkauan kita hanya untuk orang yang kita cinta..Betul tidak?Tepuk dada tanya la minda..(Pepatah baru)

Cinta memang tidak mengenal batas sempadan usia, latar belakang(kaya,miskin) dsbnya..Macam lagu UJI RASHID "KALU HATI SUDAH SUKA PEDULI ORANG KATA". Alangkah manisnya tika bercinta..Bagai dunia ini hanya milik berdua..Itulah hakikat orang yang sedang dilamun cinta..Memang manis tika dilamun cinta..Tiada istilah derita..semuanya indah belaka..yang busuk dikata wangi..yang pahit dikata manis..Itulah lumrah insan sedang bercinta..Memang pelik tapi itulah kebenaran dan hakikatnya...
Tapi ada juga yang bercinta tapi sengsara..kerana apa?Kerana cinta itu buta..Betul tidak?Sendiri mahu jawab..

Apa pun kepada mereka yang sedang bercinta dan dilamun cinta..JAGALAH PERHUBUNGAN..BIARLAH IA KEKAL KE AKHIRNYA..JANGANLAH KITA DIBUTAKAN OLEH CINTA TAPI CELIKKAN LAH CINTA ITU..JANGAN HANYUT DIBUAI ASMARADANA CINTA..DAN CINTA YANG SEBENAR CINTA ADALAH KEPADA YANG MAHA ESA DI ATAS SANA..DIA LAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI DAN RASA CINTA ITU HADIR DALAM DIRI KITA ADALAH DARIPADANYA...BERSYUKURLAH KEPADANYA..
SENTIASALAH BERDOA AGAR CINTA SENTIASA HADIR DALAM DIRI KITA..KERANA CINTA BISA MEMBUATKAN KITA BAHAGIA..

Renung-renungkan..



Thursday, April 16, 2009

JANGAN PERNAH MENGELUH..BE POSITIVE

Kita sering didatangkan dengan ujian, dugaan, cabaran dalam kehidupan seharian..Kadangkala kita hampir putus asa dan menyerah kalah atas ujian tersebut.. Bukan itu sahaja kita juga akan mudah mengeluh dan menyalahkan Takdir di atas apa yang berlaku..Tapi tidak kah kita terfikir mengapa dugaan, ujian dan cabaran itu datang menimpa diri kita??? Pernahkah kita menilai dan menghisab serta memuhasabah diri kita??

Mungkin ada yang melakukannya mungkin juga tidak.. Tapi percayalah setiap dugaan, ujian dan cabaran yang datang itu pasti ada hikmahnya yang kita tidak nampak dan sedar.. Jadi jangan kita mudah mengeluh..Tetapi sebaliknya redha dengan cabaran tersebut kerana ia sebenarnya akan mematangkan kita dan memberikan pengalaman baru buat kita dalam menjalani liku-liku kehidupan hari-hari mendatang..

Dan ingat TUHAN tidak akan mendatangkan sesuatu ujian kepada hambaNYA jika hambaNYA itu tidak berdaya mengharunginya dan ingat juga mungkin kita pernah melakukan kesalahan jadi ini adalah dugaan atas kesalahan yang kita pernah lakukan..

Untuk itu, kita seharusnya menjadi seorang yang berfikiran positif dan cuba mengharungi ujian tersebut dengan penuh kekuatan, ketabahan dan kecekalan yang tinggi. Dalam pada masa yang sama cari lah jalan penyelesaian yang terbaik dan pilih jalan yang tidak membawa ke lebah kebinasaan.




HARI YANG BAHAGIA..TERIMA KASIH SEMUA

Hari ini adalah hari yang bahagia..mana tidaknya segala penat lelah selama 15 minggu kuliah berbaloi..bila VIVA proposal di terima dengan baik dan tiada pertikaian. Alhamdulillah syukur sangat-sangat..

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TELAH BANYAK MEMBANTU TERUTAMA KEPADA THE GREATEST MAMA HONEY YANG BANYAK MEMBERIKAN PERANGSANG & MOTIVASI & SUDI MEMDENGAR LUAHAN HATI, MEMAHAMI.. THANKS A LOT MAMA HONEY...

TIDAK LUPA JUGA PADA RAKAN-RAKAN LAIN YANG BANYAK MEMBANTU
INSYAALLAH JASA KALIAN SEMUA AKAN DIINGAT DAN DIKENANG SELAMANYA..

TERIMA KASIH SEMUA

Selamat datang!

Hai, Selamat datang ke blog saya!